Tuesday, June 23, 2009

Tanah Runtuh Lah Plak

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012
(PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)




& Panduan dan Cara Memeriksa Kertas

1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.

2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.


& Langkah-langkah Memeriksa Kertas

1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain-lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi minimum lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.

TIRAI BICARAWARA

Selamat Datang Ka Laman Bicarawara Morfologi dan Sintaksis bagi mengatasi masalah pengusaaan Bahasa Melayu dari segi kosa kata (tatabahasa) dan laras bahasa (gramatis). Kita sama-sama memertabatkan Bahasa Melayu. "Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul".